Aku ni sah-sah penyokong England, jadi bila England kena belasah dengan Germany 4-1, aku memang tak puas hati. Padahal dari 1st game vs USA aku dah nampak England punya game flow tak lancar. Aku bukan cakap aku ni terer sangat, tapi kalu dah tiap2 minggu aku follow BPL kat astro, at least aku paham la jugak macam mana trick game ni.
Kalu aku la pengurus England time tu, aku takkan main Gerrard n Lampard kat tengah tu, dah sah2 diaorg tak boleh main sama. Apa ke salahnya letak Gerrard jadik 2nd striker kat belakang Rooney. Rooney ni pun satu hal lagi, tak tau apa dah jadik, tapi dia memang tak menjadik langsung. Tapi aku setuju la Capelo tak tukar dia sebab nak bagi dia semangat, tapi kalu aku, aku sub la dia kasi Crouch main 20 min terakhir.
Satu lagi, Midfield, Barry tu baru je sembuh dari injury, sure tak boleh main game besar macam vs Germany tu, dia sure takkan dapat catch up dgn pace striker such as Podolski tu. Kena kasik Carrick or Hudelstone main, baru ada Defensive Midfielder, baru ada tukang kejar bola, tukang tackle, tukar buat keja kotor ni, yang fikiran dia, nak rampas bola je. Ni letak Lampard, Gerard, Barry, Lennon, Wright Philip, semua tu, otak dia nak score je, pertahanan dia tak kesah sangat.
Game macam vs Algeria tu contohnya, letak Lennon main buat pa? Lennon tu laju, Algeria punya player semua lagi laju dpd dia, so nak kena letak yang boleh cross dengan tepat main, masa tu patut letak Milner main. Buang masa je Lennon main kalu defensive dia tak de, attacking pun dah tak boleh coz senjata dia, dia punya kelajuan je, tapi defender Algeria tu lagi laju, so patut keluarkan dia, masok kan org lain.
Set up masa main ngan German tu sepatut nak kena defensive sikit, kena target main counter attack, tak boleh main kontrol bola macam biasa, sebab German punya passing lagi cun, so masa dapat lose ball tu, kena buat counter attack, lepas tu defend balik, ni tak, main open, habis la.
Bola tu pun aku tengok semacam je, ntah apa2 FIFA ni, tiap2 kali World Cup, nak buat bola baru, lepas tu buat bola macam bodoh je, bukannya diaorg kesah dengan player cakap bola tu susah nak control, diaorang nak untung je. Satu lagi, ADIDAS yang buat bola tu, comapny German, so Bundes Liga dah start guna bola tu satu season, so sapa2 main kat Lga German, ada advantage la. Tu yang buat aku tak puas hati jugak.
Tapi, apa2 pun alasan yang diberi, team macam Algeria, Maxico, Ghana, Korea, Jepun main lagi best compare tu England. Jangan cakap la pasal Brazil, Holland n Argentina. Jadi, alasan bola baru tu tak boleh nak pakai jugak la.
Kesimpulan yang boleh aku buat daripada World Cup ni ialah Player England ni gah pada nama je, Nak kata pengurus dia bodoh, dia tu dah menang banyak piala. Maybe bagi diaorang Club futbol lagi penting daripada World Cup. Yang penting, England kena cari Pengurus keturunan English jugak utk jadi pengurus diaorg. kalu setakat nak pegi last 16, Redknap, Big Sam, Hudgson, Keegan senang2 je bawak England, nak menang World Cup tu tak pasti la. So, bazir duit je kasik org luar jadik Coach kalu setakat nak bawak ke last 16 je. Korea n Jepun pun boleh thru to last 16, bukan hebat pun.. kalu at least ke Semi tu, aku boleh terima la, top 4 team of the World.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment